Warga Korea Selatan Ditemui Mati Akibat Serangan Jantung - Semasa | mStar

Warga Korea Selatan Ditemui Mati Akibat Serangan Jantung

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warganegara Korea Selatan ditemui di pangsapuri yang berkunci selepas beberapa hari meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, pihak polis telah dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan pangsapuri  tersebut  selepas menghidu bau busuk pada 9 Mac.

"Pengawal itu memberitahu dia terhidu bau busuk di salah sebuah unit pangsapuri di tempat dia bekerja di Jalan Sultan Azlan Shah.

"Polis dibawa ke unit pangsapuri oleh pengawal sebaik sahaja tiba di tempat kejadian. Dan pintu kediaman tersebut terpaksa dipecahkan kerana ianya dikunci," katanya.

Polis menemui mayat seorang lelaki yang berada dalam keadaan meniarap di atas katil serta terdapat kesan darah di situ.

Dokumen pengenalan diri turut ditemui di tempat kejadian dan mangsa berusia 43 tahun berasal dari Korea Selatan.

"Ketika menemubual salah seorang jirannya, kali terakhir mangsa dilihat lebih kurang dua minggu lalu. Pasukan forensik mendapati tiada kesan pecah dan tiada kecederaan luaran pada badan. Kesan peribadi mangsa juga masih berada di tempat kejadian," katanya.

ACP Munusamy berkata siasatan menunjukkan bahawa darah yang berada di sekitar mangsa adalah berpunca daripada badan yang telah reput.

Siasatan juga mendapati bahawa mangsa telah menyewa unit itu sejak Mei 2016, dan tiba ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Tiada pas kerja atau visa ditemui bersama pasportnya.

Hasil bedah sisasat mendapati mangsa diserang sakit jantung dan menunjukkan telah meninggal dunia lebih kurang empat hari lalu.

"Pihak kedutaan akan dimaklumkan bagi mengenal pasti maklumat keluarga mangsa," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain