suria

Ri Jong-chol Tuntut Malaysia Mohon Maaf, Pampasan

PETALING JAYA: Pakar kimia Korea Utara yang diusir pulang ke negaranya, Ri Jong-chol menuntut maaf dan pampasan daripada Malaysia selepas mendakwa 'terseksa' sepanjang tempoh disoal siasat ketika dalam tahanan polis.

Bercakap kepada media Jepun, NHK World di Beijing pada Ahad, Jong-chol berkata, kerajaan Malaysia dan polis telah memaksannya membuat pengakuan dan menyebabkan dia menanggung seksa.

Ketika ditemubual, lelaki berusia 47 tahun itu turut menyanyikan lagu memuji tanahairnya dan berkata, ianya sentiasa bermain di fikirannya semasa disoal siasat.

Jong-chol juga menafikan dia terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam dan mendakwa tidak mengetahui mengenai langsung mengenai perancangan membunuh Jong-nam semasa ditahan.

Pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melabel dakwaan Jong-chol itu sebagai mengarut.

Jong-chol juga memberitahu NHK World, dia menetap bersebelahan setiausaha kedua Kedutaan Korea Utara dan hubungan mereka baik.

Ketika ini, polis Malaysia masih menunggu untuk menyoal siasat diplomat berkenaan.

Bagaimanapun, kata Jong-chol, dia tidak tahun di mana diplomat itu berada.

Mengenai tindakan Malaysia mengarahkan Duta Korea Utara , Kang Chol meninggalkan negara ini, Jong-chol mendakwa ia adalah plot Malaysia terhadapnya.

Apabila ditanya kenapa dia tidak bekerja di syarikat Malaysia yang mengambilnya bekerja, Jong-chol memberitahu NHK World bahawa syarikat itu bukan seperti yang diingininya.

Sebaliknya, Jong-chol berkata, dia mengeksport bahan untuk menghasilkan sabun ke Korea Utara.

Pihak berkuasa Malaysia menegaskan Jong-nam dibunuh menggunakan agen saraf VX oleh dua wanita ketika menunggu penerbangan ke Macau di KLIA2.
Ri Jong-chol, NHK World, Korea Utara

Artikel Lain