Johor Bakal Miliki Laluan Baharu Ke Tanjung Bin, Pontian - Semasa | mStar

Johor Bakal Miliki Laluan Baharu Ke Tanjung Bin, Pontian

PONTIAN: Perjalanan dari Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Johor Bahru ke Tanjung Bin di Serkat, Pontian dijangka lebih singkat dengan projek pembinaan jambatan dan satu jalan baharu menghubungkan kedua-dua kawasan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata projek yang menelan kos keseluruhan RM650 juta itu, sebahagian besarnya dibiayai oleh kerajaan persekutuan manakala selebihnya oleh anak syarikat MMC Corporation Bhd, Seaport Worlwide Sdn Bhd. 

Pada ketika ini, projek sedang melalui proses kemas kini reka bentuk sebelum diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya negeri. 

Pengeluaran tender pula dijangka pada April bagi membolehkan pembinaannya berjalan mulai September ini. 

"Projek yang merentasi Sungai Pulai ini mempunyai jarak kira-kira 7.5 kilometer (km) dan akan memendekkan perjalanan dari Johor Bahru ke Tanjung Bin kepada 15km berbanding 50km pada masa ini jika menggunakan jalan alternatif Pekan Nenas. 

"Ia juga dijangka siap menjelang Ogos 2020," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Tanjung Piai di sini, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Wilayah negeri Datuk Ir Hasni Mohamad dan Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembinaan dan Projek Pengurusan Kejuruteraan MMC Amir Malik Faeiz Rusdi Redza Ali Faeiz. 

Mohamed Khaled berkata beliau optimis projek itu akan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk memandangkan lebih banyak sektor pembangunan bakal diusahakan. 

"Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga mempertimbang permohonan daripada penduduk setempat untuk mendapatkan rumah mampu milik. 

"Oleh itu, kita akan membeli sebidang tanah seluas 12.14 hektar di kawasan Jeram Batu (Tanjung Piai) menggunakan dana daripada Tabung Hartanah Bumiputera untuk melaksanakannya, sekali gus memastikan kawasan ini berkembang secara seimbang," katanya menurut Bernama.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain