Pengusiran Jong-chol: Pegawai Kedutaan Korea Utara 'Kunci Mulut' - Semasa | mStar

Pengusiran Jong-chol: Pegawai Kedutaan Korea Utara 'Kunci Mulut'

Kim Yu Song (tengah) ketika diserbu wartawan. -fotoTHESTAR
PUTRAJAYA: Pegawai kedutaan Korea Utara dilihat berada di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen selepas suspek Ri Jong-chol dihantar ke sini untuk proses penghantaran pulang ke negara asal.

Pegawai berkenaan, Kim Su Yong, tiba kira-kira sejam selepas  Jong-chol dibawa ke sini oleh polis yang membuat kawalan ketat terhadapnya, kira-kira pukul 9.15 pagi Jumaat.

Su Yong, yang dipercayai membantu membebaskan Jong-chol, muncul dari bangunan itu yang dipenuhi pihak media sebelum tengah hari.

Walau bagaimanapun, beliau tidak berminat untuk bercakap dengan media apabila terus berjalan menuju keretanya.

Malangnya, beliau yang tidak dapat mencari kenderaannya, terpaksa berjalan mundar-mandir di luar bangunan Imigresen selama lima minit.

Pada masa itu, Su Yong telah dihujani soalan daripada pihak media yang membentuk satu bulatan dan bergerak di sekelilingnya.

Beliau hanya berteriak 'no komen' kepada semua soalan sambil mencari keretanya.

Akhirnya, apabila pemandunya tiba, beliau berkata 'ada kenyataan media'.

Jong-chol dibebaskan pada awal Jumaat selepas tamat tempoh reman. Dia dijadualkan akan dihantar pulang ke negara asal.
Kim Su Yong , Ri Jong-chol

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain