suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nelayan Dikhuatiri Lemas Ketika Memukat Ikan

GEORGE TOWN: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut semasa memukat di perairan Pantai Acheh dekat sini, Rabu.

Kehilangan Chin Choon Wooi, 77, dilaporkan pada 2.42 petang Rabu, kata Pengarah Agengsi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Rozali Mohd Said.

"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersama-sama agensi lain seperti Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam dan Pasukan Bomba dan Penyelamat," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata, beberapa nelayan melaporkan kehilangan Chin selepas menemui bot dan barang-barang menangkap ikan miliknya di perairan Pantai Acheh namun tidak menemui lelaki itu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain