suria

Mayat Ditemui Di Pantai Teluk Bahang Disahkan Dua Beranak

GEORGE TOWN: Dua mayat yang ditemui di pantai Teluk Bahang dikenal pasti merupakan seorang ibu berusia 21 tahun dan anak lelakinya berumur tiga tahun.

Kedua-dua mayat dikenal pasti sebagai Tan Like Gin dan A. Eonithin selepas melalui proses pengecaman oleh ahli keluarga pada Khamis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata, keputusan bedah siasat menunjukkan wanita berkenaan mengandung.

"Kedua-dua mereka lemas. Polis menolak sebarang unsur jenayah setakat ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Artikel Lain