Wanita Cedera Terjun Bangunan Tiga Tingkat - Semasa | mStar

Wanita Cedera Terjun Bangunan Tiga Tingkat

-fotoTHESTAR
LABUAN: Seorang wanita cedera ringan selepas bertindak terjun dari bangunan kedai tiga tingkat kira-kira 12.46 tengah hari tadi di Utama Jaya di sini.

Wanita berusia 20-an itu dipercayai warga Filipina dan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di sini.

Polis, bomba dan orang ramai yang melalui kawasan itu berjaya menyelamatkan wanita terbabit dengan merentangkan kain kanvas di bawah bangunan sebelum wanita itu dihantar ke hospital untuk rawatan.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Amin berkata beliau dan rakan-rakannya memegang kanvas tersebut bagi menyelamatkan wanita yang dipercayai mengalami tekanan.

"Sekurang-kurangnya 10 hingga 11 orang daripada kami termasuk anggota polis dan bomba memegang kanvas itu dan berharap agar wanita terbabit tidak jatuh ke tanah," katanya.

Menurut polis, punca kejadian masih disiasat.

terjun bangunan , GRO , Utama Jaya

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Wanita Ditemui Mati Terjun Bangunan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain