suria

Bentang Penilaian Hubungan Dengan Korea Utara Di Kabinet - TPM

RAUB: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat mengarahkan Kementerian Luar membentangkan kepada Kabinet penilaiannya mengenai hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Ini susulan daripada kenyataan 'kurang berdiplomasi' Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, baru-baru ini yang mendakwa Malaysia bersengkongkol dengan musuh Pyongyang berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin utama negara itu, Kim Jong-un pada 13 Feb.

"Hubungan diplomatik kita serahkan kepada Kementerian Luar untuk lakukan penilaian dan kemukakan perkara itu kepada jemaah menteri untuk diputuskan. 

"Kita harapkan ia dapat dipertahankan...namun dalam masa yang sama hormatilah undang-undang negara kita dan hormatilah profesionalisme yang dilakukan oleh pakar-pakar kita," kata timbalan perdana menteri mengenai dakwaan Kang Chol dan proses penyiasatan yang dilakukan Malaysia dalam kes ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke pusat pemulihan penagih dadah Cure and Care (CCRC) Sungai Ruan, Raub di sini. - BERNAMA

Ahmad Zahid Hamidi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain