suria

Pekerja Sambilan Putus Kaki Dibaham Buaya

SANDAKAN: Seorang pekerja sambilan di Taman Buaya Batu 8 putus kaki kanan manakala tangan kanannya hancur akibat dibaham buaya seberat 800 kilogram di taman itu di sini , Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata dalam kejadian pada 1.45 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun dikatakan sedang memberi makan kepada haiwan berukuran 5.5 meter itu di kolam pertunjukan di taman berkenaan.

Katanya, selepas memberi makan, mangsa dipercayai menggosok hidung buaya berkenaan menyebabkan reptilia itu berang lalu membaham mangsa.

Katanya buaya terbabit hanya melepaskan mangsa selepas pekerja lain yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya itu.

Akibat kejadian itu, katanya kaki kanan mangsa hingga paras lutut putus manakala tangan kanannya hingga ke siku hancur dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent di sini.

Azhar berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan selama enam bulan dan dijangka akan tamat kontrak pada bulan depan.

Buaya

Artikel Sebelum

Artikel Lain