suria

Isnin Hari Bebas Tali Leher, Mesyuarat

KUALA TERENGGANU: Hari Isnin diisytihar sebagai 'Hari Tanpa Tie' di Terengganu dan tiada mesyuarat diadakan pada hari tersebut kecuali ia dianggap terlalu penting.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata arahan tersebut berkuat kuasa serta merta bagi membolehkan pegawai kerajaan lebih memberi fokus kepada pelanggan dan tugas mereka pada hari berkenaan.

"Saya telah mengarahkan semua ketua jabatan negeri dan persekutuan untuk menjadikan hari berkenaan sebagai hari mereka turun padang bertemu pelanggan," katanya seperti dilaporkan Bernama selepas mesyuarat mingguan exco di sini pada Rabu.

Beliau berkata 'Hari Tanpa Tie' telah diamalkan dalam kalangan pegawai kerajaan yang berkhidmat di Wisma Darul Iman sejak tahun lepas dan ia dilihat berkesan dalam mereka mendekati dan memahami masalah orang ramai dan kakitangan bawahan.

"Keputusan ini diharap dapat memberi kebebasan kepada ketua-ketua jabatan untuk turun secara langsung berdampingan dengan pegawai di bawah mereka untuk menyelesaikan sebarang masalah berbangkit," katanya.

Wan Nawawi berkata hari tersebut berbeza dengan Hari Bertemu Pelanggan.

Wan Nawawi Wan Ismail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain