suria

KPWKM Sediakan Daftar Pesalah/Pendera Kanak-Kanak - Rohani

LUNDU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan daftar pesalah/pendera kanak-kanak yang disabitkan dan boleh digunakan bakal majikan untuk menyiasat latar belakang mereka.

Menteri Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata setakat ini daftar itu mengandungi nama kira-kira 120 pesalah berkenaan. 

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Kanak-kanak peringkat negeri di sini, Selasa.

Beliau berkata majikan berkenaan boleh menulis dengan identiti mereka dirahsiakan kepada kementerian yang akan memberi respons dalam masa dua minggu. 

"Anggaplah ini sebagai langkah pro-aktif demi menentukan keselamatan anak-anak bila anda hendak mengupah orang sebagai pemandu bas sekolah, penyelia di pusat jagaan kanak-kanak atau pengawal sekolah. 

Mengenai isu lain, Rohani mengumumkan kementeriannya telah menubuhkan sejumlah 150 pusat aktiviti kanak-kanak bagi faedah kira-kira 23,000 kanak-kanak di seluruh negara. 

"Di Sarawak kita sudahpun mempunyai 13 buah dan hari ini kita memperuntukkan RM76,000 untuk membina sebuah pusat terbaharu di Lundu, menjadikan jumlah kepada 14," katanya. -- Bernama 

Rohani Karim, pendera

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain