APMM Selamatkan Lima KRU Bot Alami Kerosakan Enjin - Semasa | mStar

APMM Selamatkan Lima KRU Bot Alami Kerosakan Enjin

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan lima kru sebuah bot jenis katamaran yang mengalami kerosakan enjin ketika membawa sembilan pemancing di kawasan perairan berhampiran Pulau Batu Sapi, petang Isnin.

Pengarah APMM Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim, Adam Aziz berkata, kesemua kru bot berkenaan tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar kira-kira 10 malam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semasa memancing, kedua-dua enjin bot berkenaan mengalami kerosakan. Pihak Sutera Harbour Resort kemudian menghantar dua bot untuk memberi bantuan selepas dihubungi pemilik bot berkenaan. Sembilan pemancing berkenaan kemudian berjaya dibawa balik ke jeti Sutera Harbour.

Lima kru bot yang mengalami kerosakan berkenaan bagaimanapun enggan menaiki bot penyelamat yang dihantar pihak Sutera Harbour dengan alasan ingin memperbaiki enjin bot itu terlebih dahulu, kata Adam.

Bagaimanapun katanya, APMM terpaksa menghantar sebuah aset penyelamat pada 5.25 petang selepas pemilik bot berkenaan menghubungi APMM untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang dengan keselamatan lima krunya akibat keadaan cuaca buruk dan laut bergelora.

Kesemua lima kru bot berkenaan kemudian dibawa keluar dari pangkalan TLDM Sepanggar oleh pemilik bot berkenaan pada 11 malam.

Adam menasihati komuniti maritim agar sentiasa memastikan bot mereka sentiasa dalam keadaan baik sebelum keluar ke laut selain melengkapkan bot dengan alat telekomunikasi serta jaket keselamatan yang mencukupi sebagai langkah keselamatan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain