Bukan Trend BN Letak Balu Jadi Calon - TPM - Semasa | mStar

Bukan Trend BN Letak Balu Jadi Calon - TPM

LUNDU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bukan trend mahupun dasar Barisan Nasional (BN) meletakkan balu wakil rakyatnya bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kawasan yang disandang suami.

"Kami jalankan kajian dan dapati si isteri yang dicadang bertanding mempertahankan kerusi yang ditinggalkan arwah suami menerima sokongan kuat daripada akar umbi.

"Justeru, tidak semestinya hanya isteri yang patut gantikan suami. Pilihan kami adalah berdasarkan sokongan akar umbi dan peluang untuk menang," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Sabtu.

Beliau ditemui pemberita selepas menyertai barisan pemimpin BN Sarawak mengiringi calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Lundu di sini.

Turut serta Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri persekutuan dan anggota kabinet negeri.

Ahmad Zahid berkata dalam kes Tanjong Datu, BN turut menjalankan kajian serupa dan mendapat hasil yang sama.

"Perkara ini turut berlaku dalam dua PRK sebelum ini. Keputusan mencalonkan beliau (Jamilah) dibuat oleh pemimpin BN peringkat negeri dan pusat," katanya.

Ahmad Zahid turut bersetuju dengan pandangan bahawa langkah itu juga antara cara menambah bilangan pemimpin wanita di peringkat negeri dan negara.

Sementara itu, beliau yakin Jamilah, 61, akan mempertahankan kerusi tersebut untuk BN sekalipun dicabar oleh dua lagi calon.

"Beliau boleh teruskan legasi cemerlang suaminya, Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Kami juga yakin pengundi akan terus menyokong BN dan barisan kepimpinan baharu negeri di bawah Abang Johari," katanya.

Ahmad Zahid berkata BN akan memenuhi semua janji yang dibuat Allahyarham Adenan dan semua projek pembangunan akan dilaksana.

Katanya jentera pilihan raya di bawah Abang Johari dan juga Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku pengarah operasi yang turut dibantu jentera pilihan raya BN Sabah, akan bekerja keras memastikan kemenangan Jamilah.

PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan Jamilah dicabar oleh calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Negeri (Star) Johny Aput.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Feb sebagai hari pengundian awal dan 18 Februari hari pengundian.

Ahmad Zahid Hamidi , Tanjong Datu

Artikel Sebelum

Tekong Bot Katamaran Dipenjara 6 Bulan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Kim Chol Adalah Kim Jong-nam - Kedutaan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain