suria

Khaled: Gajikan Rakyat Sabah Berbanding Warga Asing

PASIR GUDANG: Rakyat Sabah dialu-alukan untuk mencari pekerjaan di Sabah kerana ia berpotensi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing di Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kehadiran kira-kira 13,000 rakyat Sabah di Pasir Gudang merupakan petunjuk bahawa banyak peluang pekerjaan di kawasan itu.

"Secara tidak langsung, rakyat Sabah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Johor apabila pengeluar di kawasan Pasir Gudang dapat menggaji mereka," katanya.

Khaled berkata, adalah lebih baik untuk menggaji rakyat Sabah berbanding pekerja asing kerana kebanyakannya akan menjadikan Pasir Gudang sebagai kediaman untuk tinggal bersama keluarga mereka.

Beliau turut memberitahu Johor akan terus menarik lebih banyak pelaburan berintensifkan modal dan berteknologi tinggi ke negeri itu kerana ia merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Menurut Khaled, jika Johor terus menarik pelaburan intensif-buruh, lebih ramai warga asing akan bekerja di negeri itu.

Beliau berkata, syarikat-syarikat pembuatan mengalami kesukaran untuk pekerja kilang di kalangan penduduk tempatan, menyebabkan mereka terpaksa mengambil pekerja asing.

"Kita mahu menghasilkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir di Johor, yang terdiri daripada bukan sahaja rakyat Johor tetapi juga rakyat Malaysia dari negeri-negeri lain," ujar Khaled.

Artikel Lain