Jangan Spekulasi Kes Annuar Musa - SPRM - Semasa | mStar

Jangan Spekulasi Kes Annuar Musa - SPRM

Dikemaskini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakamkan percakapan lebih lima individu berhubung dakwaan penyelewengan dan salah laku tadbir melibatkan Tan Sri Annuar Musa meminta supaya tiada pihak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

SPRM dalam kenyataannya berkata, Annuar yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) tampil bagi membantu penyiasatan pada Jumaat.

"Beliau yang menghadirkan diri ke pejabat SPRM secara sukarela pada pagi ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat.

"SPRM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan," katanya.

Menurut SPRM kehadiran Ahli Parlimen Ketereh itu adalah secara sukarela.

"SPRM hari ini telah merakam percakapan Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa beliau ketika menyandang jawatan Pengerusi Mara.

"Setakat hari ini, SPRM telah merakam percakapan lebih lima individu yang dipercayai dapat membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan ke atas beliau," menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan selepas Annuar memberi keterangan selama kira-kira empat jam di pejabat SPRM di sini, Jumaat.

Pada Selasa, Ahli Lembaga Majlis Mara dalam mesyuarat khasnya mencapai keputusan menggantung jawatan beliau dalam agensi itu bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan berhubung penyelewengan dakwaan salah guna kuasa dengan memberi penajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.


SPRM , Annuar Musa , Mara , Kafa

Artikel Sebelum

Zaid Bakal Sertai DAP Minggu Depan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain