Mengemis Tidak Dibenarkan Di Melaka - Semasa | mStar

Mengemis Tidak Dibenarkan Di Melaka

MELAKA: Melaka telah menguatkuasakan larangan mengemis daripada orang ramai di negeri itu.

Larangan itu termasuk kepada mereka yang menjaja barangan atas nama rumah kebajian dan pertubuhan keagamaan.

Mereka yang ditangkap berbuat demikian kini boleh dihukum.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata undang-undang sedia ada dibawah Enakmen Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Hal Ehwal Islam Melaka akan digunakan untuk mengheret mereka yang mengemis di jalanan ke mahkamah.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri itu mempunyai satu pangkalan data mengenai mereka yang menerima bantuan kewangan bulanan dan mereka yang meminta derma di jalanan dianggap menyalahi undang-undang.

"Mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap diberi bantuan bulanan, jadi kami merasakan tiada keperluan untuk sesiapa sahaja beralih kepada perbuatan meminta sedekah.

"Kami juga mahu membersihkan negeri ini daripada golongan meminta sedekah dengan cara menjaja barangan atas nama rumah kebajikan atau pertubuhan keagamaan," katanya.

Amaran itu, katanya, turut digunapakai terhadap warga asing yang meminta derma untuk tujuan amal.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedar kewujudan sindiket mengeksploitasi kanak-kanak dengan meminta mereka mendapatkan sedekah daripada orang ramai termasuk kawasan tumpuan pelancong.

Jelas Idris, terdapat juga aduan kanak-kanak digunakan untuk memaksa orang ramai membeli buku agama di luar perkarangan bank, restoran dan kawasan tumpuan orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut meminta bantuan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap pesalah tersebut dan mengheret mereka ke mahkamah.

Katanya, pengawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam negeri juga akan mengesan mereka yang menjaja barangan keagamaan.

Idris berkata, undang-undang itu juga membabitkan mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak untuk menjual barangan, kononnya bagi membiayai pertubuhan amal.

"Kami juga mendapat laporan bahawa wang yang diperolehi kanak-kanak itu dimasukkan ke dalam akaun individu yang dipercayai dalang kepada sindiket tersebut," katanya.


mengemis , Melaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Khidmat Gunting Rambut RM2

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain