Pengendali Bot Haram Diarahkan Henti Operasi Serta-Merta - Semasa | mStar

Pengendali Bot Haram Diarahkan Henti Operasi Serta-Merta

KOTA KINABALU: Syarikat pengendali bot dan pelancongan yang beroperasi secara haram diberi amaran keras agar menghentikan operasi serta-merta.

Amaran itu dinyatakan oleh Pembantu Menteri Kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Negeri, Datuk Pak Yuk Ming yang menyatakan bahawa operasi syarikat haram tersebut masih diteruskan seperti biasa walaupun tragedi bot karam yang berlaku pada 28 Januari lalu.

"Kita mahu mereka menghentikan operasi serta-merta. Mereka patut sedar diri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung tragedi itu pada Khamis.

Yuk Ming berkata, tragedi itu wajar dijadikan pengajaran kepada seluruh induster tersebut dan kejadian terbabit tidak sepatutnya berlaku.

Di Pulau Mengalum, lokasi tragedi itu berlaku, Yuk Ming berkata, tiga per empat daripada kawasan di pulau terbabit merupakan milik persendirian.

"Baki kawasan di pulau itu milik kerajaan negeri dan terdapat struktur yang dibina secara haram di sana," katanya.

Ujarnya, kesemua struktur tersebut akan dirobohkan dalam tempoh seminggu dan surat amaran akan diedarkan kepada mereka yang terlibat pada Jumaat.

Bagi mereka yang mendakwa mempunyai dokumen sah dan lesen untuk mengendalikan chalet dan lawatan pelancong, beliau menasihati mereka supaya memeriksa semula maklumat tersebut dan memastikan operasi berjalan secara sah.

"Pastikan semua keperluan untuk melaksanakan operasi anda dipatuhi dan jika tidak pasti, hentikan operasi sehingga peraturan dipatuhi.

"Pihak berkuasa dan kementerian juga akan meneliti sama ada perlu melakukan perubahan secara keseluruhan dalam industri pelancongan di negeri ini," katanya.

Dalam kejadian Ahad lalu, seramai tiga orang terbunuh apabila bot yang membawa kira-kira 20 pelancong China, karam.

Lima rakyat China dan seorang krew tempatan masih hilang.

Pulau Mengalum

Artikel Sebelum

Tak Ada Tikam Depan, Belakang - Annuar Musa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain