Pemangku CEO GLC, Pengurus Jualan Direman Enam Hari - Semasa | mStar

Pemangku CEO GLC, Pengurus Jualan Direman Enam Hari

PUTRAJAYA: Dua tokoh korporat, termasuk pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kedua-duanya tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 8.55 pagi Jumaat diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan kedua-dua individu itu, masing-masing berusia 58 tahun dan 36 tahun direman selama enam hari sehingga 25 Januari ini.

Pemangku CEO bergelar Datuk itu ditahan di rumahnya di Tropicana Indah pada Khamis mengenai projek e-pasport Guinea.

Beberapa akaun bank dengan RM1 juta turut dibekukan.

Akaun tersebut menggunakan nama CEO tersebut, isteri dan juga anaknya.

Seorang lagi suspek, Pengurus Jualan Antarabangsa GLC terbabit ditahan di kediamannya di Taman Desa, Jalan Klang Lama dalam Ops Guinea.

Kedua-duanya yang berkhidmat dalam sektor GLC hampir tujuh tahun sedang disiasat kerana dipercayai terlibat dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

reman , pemangku CEO , pengurus jualan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bangkai Ayam Jadi Makanan Ikan Keli

Artikel Berkaitan

Reman Wanita Dilanjut Tiga Hari

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain