suria

Remaja Maut Jentolak Dipandu Terbalik

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki warga Indonesia maut apabila jentolak yang dipandunya terbalik dan menghempap badannya di Telok Panglima Garang, dekat sini Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi di Jeti Sritama, Jodi Renanda, 19, dipercayai gagal mengawal jentolak berkenaan menyebabkan ia terjatuh dari tebing setinggi lima meter.

Remaja itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan. 

"Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain