suria

Lelaki Rentung Dalam Kejadian Rumah Terbakar

BELURAN: Seorang lelaki ditemukan mati rentung dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di Kampung Kubambangan Paitan malam Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Ritaudin Ghapur, 31 dan mayatnya ditemukan anggota bomba kira-kira pukul 11.20 malam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata pihak bomba menemukan mayat mangsa dalam sebuah rumah dua tingkat yang hangus terbakar.

Jelas jabatan itu, pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 7.42 malam dan anggota dari stesen Kinabatangan dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 192 kilometer sebelum tiba pukul  11.02 malam.

Bagaimanapun jumlah mangsa yang berada di dalam rumah itu ketika kejadian tidak dapat dipastikan.

Turut terbakar dalam kejadian yang pihak bomba termasuk dua buah kereta.

Punca kebakaran masih disiasat.

Kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain