Tengku Abdullah Dilantik Pemangku Raja Pahang - Semasa | mStar

Tengku Abdullah Dilantik Pemangku Raja Pahang

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dalam surat rasmi kerajaan negeri bertarikh 28 Disember lalu, berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

"Sehubungan itu, gelaran yang diperkenan baginda bagi urusan rasmi ialah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah," katanya. 

Surat rasmi berkenaan diedar kepada media semalam. 

Surat itu juga diedar kepada semua anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri, anggota dewan undangan negeri, anggota parlimen Pahang, ketua jabatan negeri dan persekutusan, pegawai daerah serta ketua badan berkanun negeri dan persekutuan di Pahang. -- Bernama 


Tengku Abdullah , Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain