suria

Perodua Nafi Kempen Myvi Percuma Di Facebook

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menafikan bahawa ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook 'Perodua Malaysia Company'.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata Perodua sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.

"Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Saluran rasmi Perodua ialah laman 'MYPerodua' di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my), katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, Perodua hanya menjalankan satu kempen iaitu 'Golden Prosperity Deals' dengan penjimatan sehingga RM3,888 sebulan yang ditawarkan bagi model terpilih.

Perodua akan mengadakan kempen 'MYPerodua Nation' selama tiga hari bermula 20 Januari 2017, karnival terbesarnya, di kawasan letak kenderaan Aeon Mall Shah Alam, Selangor.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain