Flotilla Belayar Ke Rakhine Sebelum 3 Februari - Semasa | mStar

Flotilla Belayar Ke Rakhine Sebelum 3 Februari

KLANG: Misi 'Food Flotilla for Myanmar' yang membawa bantuan kemanusiaan kepada kelompok terjejas di wilayah utara Rakhine, Myanmar, akan belayar dari Pelabuhan Klang di sini, selewatnya-lewatnya 3 Februari depan.

Ketua misinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata misi melibatkan pelayaran kapal kemanusiaan Nautical Aliya dinaiki 200 aktivis dari lapan negara, akan membawa 1,000 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah itu.

"Kerajaan Myanmar tidak menolak permohonan kita (untuk hantar bantuan makanan). Kita masih menunggu kelulusan Myanmar (untuk urusan pengagihan) tapi kami akan belayar pada 3 Februari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat pengumpulan barangan misi flotilla di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek di sini, Rabu.

Turut hadir Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dan wakil dari Turkiye Diyanet Vakfi (TDV), Taskin Bumin Ayranci.

Misi itu dianjurkan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Mapim dengan kerjasama Yayasan TDV dari Turki.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata misi flotilla akan menghantar dua pasukan perintis ke Myanmar dan Bangladesh dalam masa terdekat bagi pengurusan logistik serta persediaan awal dan mereka dijangka pulang ke tanah air pada 20 Januari ini.Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa di Bangladesh bagi menguruskan bantuan kemanusiaan itu di Teknaf, Bangladesh.

"Kami difahamkan, terdapat seramai 60,000 migran Rohingya dan Sitwi, Myanmar berada di Teknaf.

"Bantuan kemanusiaan yang kita bawa bukan hanya untuk etnik Rohingya beragama Islam tetapi juga untuk etnik lain yang terjejas," katanya dan menambah pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya 300 tan beras bagi misi berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain