suria

Bomba Selamatkan Ayam Jantan Tersepit

PETALING JAYA: Percubaan seekor ayam jantan untuk terbang nampaknya tidak menjadi apabila kakinya telah tersepit.

Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku terhadap ayam jantan itu, terima kasih kepada pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara yang menerima panggilan daripada orang  awam sekitar jam 3 petang Ahad.

Apabila anggota penyelamat tiba, mereka mendapati ayam tersebut berada dalam keadaan berbahaya apabila ia tersekat berhampiran tingkap di tingkat tiga bangunan rumah kedai di SEA Park.

Ayam itu dipercayai telah terperangkap selama kira-kira setengah jam.

Orang ramai memenuhi kawasan bangunan itu untuk menyaksikan tugas menyelamat, menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Pasukan Bomba akhirnya berjaya melepaskan kaki ayam jantan yang tersepit dan ia diserahkan kepada kepada pemiliknya tanpa sebarang kecederaan.
ayam tersepit, Bomba Damansara

Artikel Lain