suria

Penolong Pegawai Tanah Didakwa Terima Wang

JOHOR BARU: Penolong Pegawai Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru didakwa atas pertuduhan menerima wang RM150,000.

Ahmad Ehwan Ahmad, 56, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Fauzi Mohd Nasir di sini pada Selasa.

Dia didakwa menerima RM150,000 daripada ahli perniagaan Toh Ang Poo, 49, yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank pada 5 September tahun lalu bagi permohonan beberapa permit melibatkan pemindahan batu.

Ahmad Ehwan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima wang atau hadiah dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang penjawat awam.

Kesalahan itu membawa hukuman dua tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Fauzi memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya sebelum menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dan sebutan semula kes pada 14 Februari.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amir Nasruddin sebagai pendakwa raya manakala peguam Azrul Zulkifli Stork dan Mohd Tarmeze Mohd Taib mewakili tertuduh.

rasuah, pegawai pejabat tanah

Artikel Berikut

Artikel Lain