suria

Perhilitan Siasat Aduan Kehadiran Harimau Di LPT2

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar danTaman Negara (Perhilitan) Terengganu mengesahkan menerima laporan berkenaan kehadiran seekor harimau di sekitar Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), berhampiran Bukit Besi pada Khamis.

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata bagaimanapun sama ada harimau tersebut berada di situ sepertimana yang diviralkan di media sosial, tidak dapat disahkan

Sebagai langkah awal pihaknya telah memasang perangkap bagi menjerat haiwan tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia hadir di situ kerana kawasan habitatnya dipenuhi air ekoran hujan lebat dan limpahan air sungai.

"Setakat ini kami telah menerima satu laporan kira-kira 7.30 malam semalam (Khamis) berhubung penemuan harimau di kawasan lebuh raya...jadi kami ambil langkah awal dengan memasang perangkap pagi tadi.

"Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Namun kami tidak tahu sejauh mana kesahihan penemuan haiwan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Seekor harimau dikatakan muncul di kawasan LPT2 dan gambar yang dirakam individu tertentu menjadi viral sejak Khamis.

Harimau LPT2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain