Kabin Tempat Tinggal Warga Bangla Musnah Dalam Kebakaran - Semasa | mStar

Kabin Tempat Tinggal Warga Bangla Musnah Dalam Kebakaran

Gambar hiasan.

KOTA TINGGI: Empat kabin dan satu stor yang menjadi tempat tinggal pekerja warga asing di Kampung Sungai Buntu, Pengerang, dekat sini, musnah akibat kebakaran, pagi Rabu.  

Ketua Cawangan Siasatan Kebakaran Zon Kota Tinggi Firdaus Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 10.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. 

Menurutnya, kebakaran tersebut mengakibatkan empat buah kabin dan sebuah stor yang menjadi tempat tinggal kira-kira 100 penghuni warga Bangladesh musnah.

"Kawasan berkenaan merupakan penempatan pekerja warga asing yang bekerja ditapak projek Rapid, Pengerang.  

"Kebakaran itu disedari pengawal keselamatan di kawasan berkenaan sebelum segera mendapatkan bantuan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini petang Rabu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kata beliau.

Menurut Firdaus, penghuni kabin berkenaan tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dan kerugian dijangka kira-kira RM20,000. 

"Pihak bomba masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.  -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut