suria

Amanah Tidak Akan Berebut Kerusi PKR - Salahuddin

PUTRAJAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak berhasrat untuk bertanding merebut kerusi yang dikuasai oleh PKR, demikian jaminan yang diberikan oleh Timbalan Presiden Salahuddin Ayub.

"Kami adalah rakan dalam Pakatan Harapan. Saya memberi jaminan bahawa perkara ini tidak akan berlaku," katanya.

Ketika membincangkan tentang persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, Salahuddin tidak menolak kemungkinan tentang langkah pertukaran beberapa kerusi antara PKR dan Amanah.

"Jika mahu berbuat demikian, kedua-dua pihak perlu bersetuju sepenuhnya. Kita mungkin akan bertanding di kerusi yang kini merupakan milik PKR dan rakan kami akan mengambil-alih kerusi Amanah.

"Namun kami tidak akan mengambil kerusi PKR begitu sahaja," jelas beliau menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh ketua komunikasi parti, Khalid Samad berhubung perebutan kerusi antara PAS dan PKR sebelum ini.

Kenyataan tersebut mengundang kritikan daripada PAS apabila Naib Presidennya, Datuk Iskandar Samad berkata, Amamah telah mempamerkan "belang mereka' dan mahu merampas kerusi daripada sekutu, PKR.

Salahuddin Ayub, Amanah, PKR, PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain