Peniaga Restoran Didakwa Kemuka Invois Palsu Kepada KPDNKK - Semasa | mStar

Peniaga Restoran Didakwa Kemuka Invois Palsu Kepada KPDNKK

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik restoran makanan ikan air tawar dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tujuh pertuduhan mengemukakan invois penjualan makanan palsu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Kamarul Ariffin Hamzah, 40, yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Shamsudin Abdullah.

Mengikut kesemua pertuduhan, Kamarul Ariffin selaku pemilik Exotic Fish River Restaurant itu didakwa mengemukakan invois palsu kepada penolong pengarah KPDNKK di Bahagian Penguat Kuasa, Aras 2, KPDNKK, Persiaran Perdana, Putrajaya pada 25 November 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 26 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 57(b) akta sama, yang memperuntukkan hukuman  denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Abu Hanipah menawarkan jaminan sebanyak RM100,000 untuk kesemua pertuduhan, bagaimanapun peguam A.Ravikumar yang mewakili Kamarul Ariffin memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya yang menghidap penyakit kencing manis kronik adalah penanggung tunggal keluarga.

Peguam itu berkata ketika ini pendapatan hasil perniagaan anak guamnya juga tidak menentu.

Bagaimanapun hakim memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang jaminan terhadap Kamarul Ariffin dan menetapkan 5 Jan bagi sebutan semula kes. - BERNAMA

KPDNKK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain