suria

Adik Ahmad Zahid Meninggal Dunia

IPOH: Adik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri meninggal dunia pada kira-kira 11.30 malam Khamis di ibu negara.

Allahyarham berusia 45 tahun.

Pegawai Khas kepada timbalan perdana menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi yang mengesahkan perkara itu berkata, Ahmad Dzulfikri menghembuskan nafas terakhir di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Ketika Datuk Seri Ahmad Zahid menelefon saya memaklumkan mengenai perkara ini tadi, saya tidak sempat bertanyakan sakit apa," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini.

Khairuddin berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh selepas solat Jumaat esok.

Artikel Berikut

Artikel Lain