suria

Najib Mohon Jadi Pencelah Dalam Saman Zaid Ibrahim Terhadap AmBank

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk menjadi pencelah dalam saman pemula dikemukakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim terhadap AmBank Islamic Berhad.

Saman pemula ex-parte (sebelah pihak) difailkan Zaid terhadap AmBank Islamic Berhad bagi memohon bank itu mendedahkan lima akaun yang didakwa milik perdana menteri di bank berkenaan membabitkan isu dana berjumlah RM2.6 bilion.

Perkara itu dimaklumkan peguam Nizam Bashir yang menyebut bagi pihak peguam utama Zaid, Americk Sidhu kepada pemberita ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Engku Nurul Ain Engku Muda.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Nik Alia Nik Hanafi mewakili Najib dan Grace Yeo mewakili Ambank.

Nizam berkata mahkamah menetapkan 4 Januari untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan lanjut berhubung permohonan Najib. Nik Alia pula berkata permohonan Najib itu difailkan pada 14 Disember lepas.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 21 Oktober lepas, Zaid antaranya memohon perintah mahkamah untuk membenarkannya atau peguamnya memeriksa dan mengambil salinan kemasukan yang dibuat dalam lima akaun AmBank Islamic Berhad yang didakwa milik Najib.

Zaid Ibrahim, Najib Razak, AmBank

Artikel Sebelum

PBT Roboh Resort Milik Jamal

Artikel Berikut

Artikel Lain