suria

TNB Bina Loji Fotovoltan Di Selangor

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membangunkan Loji Fotovoltan Solar berkuasa 50 Megawatt yang besar di Mukim Tanjung Duabelas, Kuala Langat di Selangor.

TNB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, berkata ia menerima surat penerimaan tawaran daripada Suruhanjaya Tenaga bagi projek tersebut, selepas melalui proses bidaan yang berdaya saing, yang dikendalikan oleh suruhanjaya berkenaan.

"Surat penerimaan tawaran itu memerlukan TNB memenuhi tanggungjawab tertentu, termasuk menyelesaikan rundingan dan pelaksanaan dokumen projek, sebelum Suruhanjaya Tenaga mengeluarkan surat anugerah projek" katanya.

TNB

Artikel Lain