suria

Guru Rebah Sebelum Sempat Serah Keputusan PT3

Pelajar di SMK Saujana Impian Kajang beratur untuk mendapatkan keputusan PT3 masing-masing. ROHAIZAT MD DARUS/STAR.

KUCHING: Seorang guru wanita yang dipertanggungjawabkan membuat analisis PT3 sebuah sekolah menengah di Matang Jaya dekat sini, rebah pengsan sebelum sempat menyerahkan analisis keputusan kepada penolong kanan sekolah itu pagi Isnin.

Guru wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sempat mengagihkan keputusan kepada guru-guru kelas yang terlibat di SMK Matang Hilir.

Bagaimanapun, beliau dikatakan rebah di bilik am sekolah itu, sebelum sempat menyerahkan analisis keputusan kepada penolong kanan sekolah.

Beliau diberikan bantuan penafasan oleh pasukan perubatan yang tiba, sebelum dikejarkan ke hospital, menurut beberapa orang guru yang ditemui di sekolah itu.

Sehingga tengah hari, guru wanita itu dikatakan masih belum sedar.- BERNAMA

PT3

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain