Cadangan Kaji Undang-Undang Lapuk Sesuai: Khalid - Semasa | mStar

Cadangan Kaji Undang-Undang Lapuk Sesuai: Khalid

Khalid Abu Bakar.

KULAI: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan cadangan untuk mengkaji semula undang-undang lapuk adalah bersesuaian dan tepat pada masanya memandangkan ada antara undang-undang berkenaan sudah ketinggalan zaman.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong penuh cadangan berkenaan dan meletakkan sepenuhnya kepada pihak berkaitan serta Parlimen untuk menentukan sama ada sudah sampai masanya undang-undang itu dipinda.

"Saya serahkan kepada Parlimen. Kalau Parlimen berpendapat bahawa (ada) undang-undang itu patut dipinda. Pada pandangan saya memang patut dipinda pun kerana ada undang-undang kecil kita ini sudah ketinggalan zaman.

"Undang-undang kecil ini dibuat sebelum merdeka lagi jadi saya rasa ada antaranya sudah sampai masanya untuk kita buat pindaan, memperkemaskan lagi hukuman dan sebagainya," kata beliau kepada pemberita selepas menutup Persidangan Polis Bantuan Malaysia ke-28 di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua hari lepas mengenai kajian semula akan dilakukan terhadap semua perundangan sedia ada yang membabitkan undang-undang di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan ia bersifat futuristik dan tidak lagi lapuk.

Ahmad Zahid berkata kajian semula itu perlu dibuat bagi mengenal pasti undang-undang yang telah lapuk dan tidak lagi sesuai digunakan ketika ini serta mahu memastikan perundangan yang dipinda sesuai diguna pakai dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Ia adalah susulan hukuman RM100 yang djatuhkan mahkamah terhadap seorang individu yang menandatangani surat saman dengan perkataan 'babi' yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan menghina anggota polis.

Hukuman itu mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) adalah denda maksimum.

Sementara itu, Khalid berkata daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sedang disiasat menggunakan dana yang meragui, 15 NGO sudah dipanggil untuk memberi keterangan.

"Laporan interim akan diberikan kepada timbalan perdana menteri tidak lama lagi," katanya.

Menurut laporan berita, kira-kira 20 daripada 50,000 NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah disiasat sejak November kerana disyaki menerima dana yang meragui daripada individu serta organisasi luar negara. - Bernama

Artikel Sebelum

Keputusan PT3 Diumum Hari Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain