PRU14: PAP Tanding Di Selangor - Semasa | mStar

PRU14: PAP Tanding Di Selangor

Zulkifli Mohd Noor.

SEPANG: Parti Alternatif Rakyat (PAP) mengesahkan akan bertanding di sekurang-kurangnya lapan kerusi Parlimen dan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor berkata parti berbilang kaum itu telah dan sedang mengenal pasti pemimpin berkaliber termasuk dalam kalangan generasi muda dan wanita untuk diletakkan sebagai calon.

"PAP mahu menampilkan kepimpinan yang sederhana dan cara berkempen yang bersih dengan kedudukan kewangan yang seimbang dan kita juga tidak mahu terlalu yakin.

"Isu yang akan difokuskan pada PRU14 nanti termasuk isu di peringkat nasional dan tempatan antaranya isu perumahan dan pendidikan," katanya dalam sidang media, di sini Sabtu.

PAP yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 30 Oktober 2015, ditubuhkan oleh bekas anggota DAP susulan krisis dalaman dan kepimpinan parti itu.

Sebelum ini, PAP turut mengumumkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN di Pulau Pinang pada PRU14 nanti.

Dalam pada itu, Zulkifli yang juga bekas naib pengerusi DAP berkata partinya menjangkakan Pakatan Harapan akan berkubur sebelum PRU14 kerana isu pembahagian kerusi.

"Kerjasama DAP dengan PAN (Parti Amanah Negara) hanyalah sebahagian usaha  untuk menarik sokongan orang Melayu kerana DAP tidak lagi mendapat sokongan apabila menganaktirikan anggota kaum Melayu.

"Kerusi mana yang DAP nak beri kepada PAN? Saya sebagai naib pengerusi dulu pun tak dapat jadi calon sebaliknya diberikan kepada calon kaum Cina yang tidak berpengalaman," katanya.

Selain itu, katanya jika DAP bertanding pada PRU14, ia boleh dicabar dari sudut perundangan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP masih belum diiktiraf RoS. - BERNAMA

PAP , PRU14

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut