suria

Remaja Lelaki 16 Tahun Dijumpai Lemas Di Sungai Ketil

KUALA KETIL: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang terjatuh ketika mandi di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, dekat sini pada Rabu lalu, dijumpai petang Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nurhafizah Muhammad Lukman berkata, mangsa, Muhammad Saiful Aiman Kilinam, ditemukan tersangkut pada akar kayu di sungai itu oleh orang awam yang turut sama membantu pihak berkuasa mencari mangsa kira-kira 5.53 petang tadi.

"Jarak mangsa dijumpai dari tempat dia terjatuh ialah kira-kira 200 meter," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Jumaat.

Mangsa dilaporkan lemas ketika sedang mandi di sungai itu pada 4.36 petang, Rabu lepas dan operasi mencari dan menyelamat dimulakan sebaik pihak berkuasa menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, operasi mencari dilakukan oleh 18 anggota JBPM termasuk Bomba Sukarela Sungai Petani, Angkatan Pertahanan Awam (11), Polis Diraja Malaysia (tiga), Jabatan Sukarelawan Malaysia (25) serta 14 orang kampung.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bekas KP Muzium Meninggal Dunia

Artikel Lain