suria

Pemuda Dipukul, Cuba Cabul Budak Enam Tahun

MIRI: Pengunjung di sebuah pusat komersial di sini bertindak memukul seorang pemuda yang didapati mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dengan cuba membuka zip seluar budak itu.

Lelaki berkenaan kemudian ditangkap orang awam.

Selepas mengheret pemuda itu kepada pengawal keselamatan, mereka kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada pasukan polis bergerak.

Kejadian itu berlaku di pusat komersial E-Mart di daerah Kuala Baram pada petang Rabu.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan kejadian itu.

"Orang ramai di kompleks membeli-belah E Mart melihat pemuda itu cuba untuk menarik kanak-kanak tersebut naik ke tingkat atas kompleks beli-belah.

"Mereka melihat lelaki itu cuba merapatkan dirinya kepada budak berkenaan dan cuba membuka zip seluarnya.

"Tingkat atas bangunan itu adalah tempat yang terpencil di mana peralatan dapur disimpan.

"Pemuda itu telah dipukul sebelum dia melakukan perkara-perkara buruk kepada kanak-kanak itu.

"Kami (polis) menggesa ibu bapa untuk lebih berhati-hati dengan anak-anak mereka apabila berada di tempat-tempat awam," katanya di sini, Khamis.

Polis percaya bahawa lelaki itu adalah seorang warga Indonesia tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Beliau telah diletakkan di dalam lokap polis sementara menunggu siasatan lanjut.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan.

Cabul

Artikel Berikut

Artikel Lain