suria

Remaja 13 Tahun Hilang, Keluarga Minta Bantuan Orang Ramai

Sukhpreet Kaur dilaporkan hilang sejak Jumaat.

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang di rumahnya di Taman Sri Sentosa di sini.

Kali terakhir mangsa, Sukhpreet Kaur dilihat di luar rumahnya kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Jumaat sebelum dilaporkan hilang.

Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta itu kali terakhir dilihat memakai kemeja T berwarna merah dan seluar jeans hitam.

Ibunya, Raspar Kaur berkata, Sukhpreet tinggal seorang diri ketika kejadian.

"Dia dilihat berada di luar rumah menerusi kamera keselamatan pada tengah hari Jumaat.

"Kadang-kala dia pergi ke kedai berhampiran untuk membeli sesuatu tetapi kali ini dia tidak pulang," kata wanita berusia 42 tahun itu.

Keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan tersebut di balai polis Petaling.

"Jika sesiapa terjumpa anak saya, tolong hubungi kami," kata Raspar.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Raspar di talian 011-33853022 atau kakak Sukhpreet, Taranjit Kaur (011-33885517).

Remaja Hilang, Sukhpreet Kaur

Artikel Lain