suria

Dakwaan Beli Hartanah Dapat Kerakyatan Tidak Benar - Nur Jazlan

JOHOR BAHRU: Dakwaan yang mengatakan kerajaan memberikan kerakyatakan kepada pembeli hartanah dari China untuk membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya umum adalah tidak benar, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau turut menjelaskan bahawa proses untuk memiliki status penduduk tetap bagi mendapatkan kerakyatan akan mengambil masa bertahun-tahun.

"Saya berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas itu," katanya merujuk kepada dakwaan bekas mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad tentang pembeli China dalam projek hartanah Forest City ditawarkan kerakyatan.

"Dakwaan sedemikain tidak akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pembangkang tetapi tindakan beliau hanya mengelirukan orang ramai," kata Nur Jazlan kepada pemberita di sini.

Beliau menafikan dakwaan yang mengatakan rombakan Kabinet akan berlaku seperti yang tersebar dalam laman media sosial.

"Khabar angin itu hanya mencetuskan kekeliruan dengan tujuan mencetuskan kemarahan rakyat selain memecahbelahkan Barisan Nasional," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain