Pensyarah Keluar DAP Angkara Tun M - Semasa | mStar

Pensyarah Keluar DAP Angkara Tun M

Shamsher Singh Thind

SHAH ALAM: Tindakan DAP berbaik-baik dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula menampakkan kesan apabila menyaksikan peletakan jawatan pertama dalam kalangan ahli parti itu.

Pensyarah undang-undang, Shamsher Singh Thind, yang pada bulan lalu menggelar Tun Mahathir sebagai "musuhnya", mengambil keputusan drastik itu ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti terutamanya Lim Kit Siang.

Menurut Shamsher, Kit Siang yang sebelum ini mengkritik Tun Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sanggup berkerjasama dengan kedua-dua bekas ahli Umno itu.

"Daripada pengamatan saya, sama ada Kit Siang berbohong tentang mereka (Mahathir dan Muhyiddin) atau beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah sebelum ini," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Shamsher yang turut menghadiri konvensyen kebangsaan DAP pada Ahad, hanya berdiam diri dan kenyataan terbabit tersebar menerusi aplikasi WhatsApp beberapa jam kemudian.

Beliau turut mencetuskan kekecohan pada konvensyen DAP di Pulau Pinang pada bulan lalu apabila mempertikaikan kepimpinan parti itu untuk bekerjasama dengan bekas kedua-dua pemimpin berkenaan.

Dalam perbahasan anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, beliau tertarik apabila melihat Tun Mahathir menyokong pembebasan pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah daripada penahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kata Sangeet, Tun Mahathir sebelum ini berperanan dalam melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan.

Karpal yang terbunuh dalam kemalangan kereta pada 2014, pernah ditahan di bawah akta tersebut pada 1987 dan 1989 ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

"Kini saya menggesa pucuk pimpinan DAP supaya berhati-hati untuk memilih sekutu.

"Memang benar tiada kawan atau musuh yang kekal, tetapi prinsip perlu dipegang dengan berterusan.

"Apabila memilih sekutu, kita perlu pastikan prinsip mereka selaras dengan prinsip kita," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Sahabat Maut Dihempap Pokok

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain