suria

Polis Buru Suspek Rompak Kedai Serbaneka

Paparan skrin gambar suspek rompakan.

KUALA LUMPUR: Polis memburu seorang lelaki yang didakwa merompak kedai serbaneka 24 jam menggunakan objek menyerupai pistol.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, insiden berlaku di kedai serbaneka di Jalan Batu Amabar Taman Kok Lian pada kira-kira pukul 3 pagi Jumaat.

"Suspek yang memakai kemeja merah dan jeans, memasuki premis dengan alasan mahu membeli kad prabayar dan rokok.

"Suspek kemudiannya mengeluarkan objek menyerupai pistol dari begnya dan memaksa juruwang supaya diberikan wang tunai," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek mendekati kaunter dan mengambil wang dari mesin juruwang.

"Suspek berjaya melarikan diri dengan sekotak rokok dan wang tunai RM100.

"Kita gesa suspek supaya menyerah diri dengan segera atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk menghubungi polis," katanya sambil menambah kes disiasat sebagai rompakan bersenjata.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan di talian 03-4040 0781, 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain