suria

Najib Serah Bantuan Kepada Bekas Ketua Wanita Umno Bandar Baru Selayang

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan bantuan RM5,000 kepada bekas Ketua Umno Bandar Baru Selayang, Saridah Ibrahim yang lumpuh akibat kemalangan pada 2014 sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jumaat. Turut hadir Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Wanita Umno Bandar Baru Selayang Saridah Ibrahim yang lumpuh akibat kemalangan dua tahun lepas, terharu kerana dirinya sentiasa mendapat pembelaan parti.

Beliau kini terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak setelah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang berkempen untuk Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 2014.

"Biar apapun saya tetap dengan Umno dan perjuangkan parti saya," katanya kepada pemberita selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa bertemu beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Jumaat.

Pada majlis ringkas itu, Perdana Menteri menyerahkan bantuan wang tunai RM5,000 kepadanya, sumbangan daripada Biro Kebajikan Umno Malaysia.

Turut hadir Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pergerakan Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan beberapa perwakilan.

Biro Kebajikan Umno dalam satu kenyataan berkata pihaknya akan sentiasa memantau rawatan kesihatan Saridah serta menyalurkan bantuan keperluan harian secara bulanan.-- Bernama


Najib, Umno, Saridah, BN

Artikel Sebelum

Ku Li Lebih Kenal Siapa Tun M

Artikel Lain