suria

Lelaki Rentung Dalam Kemalangan Di Sandakan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah bas ekspres di Jalan Batu 7, Sandakan pada awal pagi Khamis.

Pemandu tersebut yang masih belum dikenal pasti dipercayai menuju ke tempat kerja dalam insiden yang berlaku pada pukul 6.15 pagi.

Pemandu bas yang berusia dalam lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Balai Bomba Sandakan, Calvin Joe Jeafery berkata sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.29 pagi.

"Mangsa terperangkap di dalam kereta itu selepas rempuhan dan tidak boleh menyelamatkan diri apabila kereta tersebut terbakar," katanya.

Bahagian hadapan bas tersebut turut terbakar dalam insiden itu.

Namun tiada penumpang di dalam bas tersebut.

Siasatan sedang dijalankan.


lelaki rentung, kemalangan, Sandakan

Artikel Sebelum

Artikel Lain