Mara Umum RM30 Juta Biaya Perniagaan Kaum Hawa - Semasa | mStar

Mara Umum RM30 Juta Biaya Perniagaan Kaum Hawa

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Persidangan Pergerakan Wanita Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengumumkan peruntukan dana bernilai RM30 juta untuk membantu membiayai perniagaan yang diusahakan golongan wanita.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mara turut memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM5 juta untuk membimbing usahawan wanita dalam memulakan perniagaan.

"Kita akan lihat dan bincang dengan Kak Jat (Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil). Projek usahawan besar pinjaman sehingga RM1 juta.

"Untuk usahawan kecil di bawah Kemas iaitu kursus jangka pendek kita beri peralatan untuk mereka mulakan perniagaan," katanya ketika berucap sebelum sesi penggulungan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn pada Rabu.

Menurut Ismail Sabri, peruntukan itu diberikan kerana Mara tidak mahu golongan wanita yang mengikuti kursus jangka pendek tidak memanfaatkan latihan tersebut dengan sewenang-wenangnya.

"Kita tak nak macam dulu, lepas kursus gantung sijil. Sekarang lepas dapat sijil menjahit kita bagi peralatan menjahit. Kita lakukan untuk Wanita kerana mereka pendokong paling kuat dalam Umno," katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut mengumumkan agihan 30 peratus ruang niaga untuk usahawan wanita memasarkan produk mereka di permis perniagaan baharu Mara.

"30 peratus cadangan Pasarnita kita akan tengok tapi untuk semua premis perniagaan baharu Mara kita beri 30 peratus ruang niaga untuk mereka," katanya.

Mara , Ismail Sabri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain