20,000 PATI Dihantar Pulang Sejak Januari - Semasa | mStar

20,000 PATI Dihantar Pulang Sejak Januari

SANDAKAN: Seramai 450 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke Zamboanga, Filipina dengan menaiki feri dari Pelabuhan Sandakan, Jumaat.

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, seramai 254 PATI adalah lelaki dewasa, 112 wanita dewasa serta 84 kanak-kanak lelaki dan perempuan, yang kesemuanya berusia antara setahun dan 66 tahun.

Mereka terdiri daripada 300 PATI dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Papar dan 150 lagi dari PTS Sibuga Sandakan.

"Sejak Januari lepas sehingga hari ini, seramai 20,026 PATI dihantar pulang ke negara mereka dari negeri ini," katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Menurutnya sejak 1990 sehingga semalam, seramai 549,997 PATI telah diusir dan pulang secara sukarela ke negara mereka dari Sabah.

Rodzi berkata langkah itu menunjukkan komitmen kerajaan negeri yang amat serius bagi menangani isu kesesakan PATI di PTS negeri ini.

"Semua pihak khususnya majikan dan orang awam harus memberikan kerjasama kepada penguat kuasa dengan menyampaikan maklumat mengenai kehadiran PATI dan mengelak daripada menggaji atau melindungi PATI," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rodzi berkata seramai 59 PATI terdiri daripada 41 warga Filipina dan 18 warga Indonesia ditahan dalam Operasi Bersepadu MKN Sabah yang bermula pada 1 pagi hingga 9 malam di Keningau, Khamis lepas.

Menurutnya seramai 188 individu yang disyaki PATI diperiksa oleh pasukan operasi terdiri daripada pelbagai agensi.

Beliau berkata kesemua PATI yang ditahan dibawa ke PTS Papar sementara menunggu keputusan siasatan lanjut dan proses pengusiran. - BERNAMA

PATI , MKN , Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Sabah Setuju Syor Perlembagaan Dipinda

Esscom Sahkan Kejadian Nelayan Diculik

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain