Karya Sastera Tempatan Perlu Diterjemahkan - Ahmad Zahid - Semasa | mStar

Karya Sastera Tempatan Perlu Diterjemahkan - Ahmad Zahid

Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra bersama tokoh sastera Malim Ghozali (kanan) dan Dr Lim Swee Tin ketika menghadiri majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015 pada Jumaat: Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Karya sastera tempatan yang menerima sebarang pengiktirafan perlu diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain untuk diangkat ke peringkat antarabangsa, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata karya yang diterjemahkan itu mestilah bukan terjemahan secara literal atau terjemahan langsung, sebaliknya diterjemahkan mengikut nilai seni yang tersendiri.

"Tidak semestinya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang menterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Cari mereka yang ada kepakaran dalam menilai seni bahasa yang diterjemahkan itu supaya ia dapat diantarabangsakan,"katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015 di sini, pada Jumaat.

Sambil memberikan contoh karyawan luar negara, beliau berkata karya merekajuga tidak tersohor di awal kemunculan, namun diiktiraf sebagai karya agung selepas diterjemahkan ke bahasa lain.

Sehubungan itu,  Ahmad Zahid turut menyarankan pelbagai pihak supaya dapat bekerjasama untuk mengantarabangsakan karya sastera tempatan, termasuk Kumpulan Utusan dan organisasi lain.

Sementara itu, Ahmad Zahid menzahirkan penghargaan kepada Kumpulan Utusan dan syarikat korporat yang terus mengangkat bidang sastera ke peringkat lebih tinggi menerusi pelbagai program, termasuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang memasuki kali ke-31 penganjurannya.

Beliau turut menyarankan supaya karya yang dihasilkan misalnya puisi, cerpen dan novel dijadikan teks wajib bagi mata pelajaran sastera atau mata pelajaran relevan yang lain menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

"Sebelum ini memang sudah ada karya dijadikan teks wajib tetapi yang ini untuk Kumpulan Utusan supaya mereka sendiri boleh menjadi penerbit," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata masyarakat pada masa kini dilihat meminggirkan karya seni sastera dan sehubungan itu beliau berharap karya-karya tempatan akan terus dihargai.

Selaras dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas, beliau berkata karya sastera juga perlu dikongsi di media sosial supaya dapat dihayati golongan pelbagai peringkat usia.

HSKU 2015 lebih istimewa kali ini apabila nilai hadiah bagi kategori Novel Remaja ditingkatkan kepada RM10,000 daripada RM7,000 sebelum ini untuk pemenang pertama, RM6,000 untuk pemenang kedua (RM4,500 sebelum ini) dan tempat ketiga RM4,000 (RM3,000 sebelum ini).

Tempat kedua kategori berkenaan dimenangi Sri Rahayu Mohd Yusop menerusi novel bertajuk "Empunya Kalbu" dan tempat ketiga menjadi milik Nazri Hussein menerusi novel "Nyanyian Musim Rusuh".

Bagaimanapun tiada pemenang tempat pertama untuk kategori itu.

Antara kategori lain yang dipertandingkan adalah rencana sastera, cerpen dan puisi dengan pemenang menerima wang tunai dan hadiah iringan, sementara kategori media baharu akan diperkenalkan dalam HSKU tahun depan selaras dengan perkembangan media sosial masa kini. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain