Penganggur Didenda RM9,500 Hina PM Melalui Twitter - Semasa | mStar

Penganggur Didenda RM9,500 Hina PM Melalui Twitter

ALOR SETAR: Seorang penganggur didenda RM9,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat komen jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan aplikasi Twitter, Disember tahun lalu.

Hakim Najwa Che Mat turut memerintahkan tertuduh, Mohamad Arif Fadila Arbain, 26, dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menggunakan akaun Twitter atas nama @SangAlgojoe, melakukan kesalahan itu pada 9.32 malam, 1 Disember 2015 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Komen jelik itu dibaca di Stadium Darul Aman, di sini pada 10 Jan 2016. 

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Terdahulu peguam tertuduh, Lim Wei Yong daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman seringan-ringannya kepada anak guamnya memandangkan tertuduh baru sahaja berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan dan perlu menanggung bapanya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Bagaimanapun Pengarah Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria mahu hukuman tegas diberikan kepada tertuduh kerana kes tersebut merupakan kepentingan awam dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.

"Kesalahan ini serius dan jika tidak dicegah khususnya oleh mahkamah akan memberi mesej kepada masyarakat untuk bebas membuat komen jelik atau tidak baik kepada mana-mana pihak," katanya.

Tertuduh dalam rayuannya pula berkata menyesal dengan perbuatannya dan tidak akan melakukan perbuatan itu lagi pada masa akan datang.-- Bernama


Twitter , Najwa Che Mat @SangAlgojoe

Artikel Sebelum

Maria Chin Fail Permohonan Habeas Corpus

Artikel Berikut

Jamal Rancang Bersih 7 Selamatkan Selangor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain