Kos Tunai Haji Dijangka Meningkat - Semasa | mStar

Kos Tunai Haji Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR: Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata peningkatan kos haji berlaku setiap tahun dan pada musim Haji 1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang.

"Tabung Haji (TH) dengan sokongan kerajaan, masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang jemaah haji 'Muasassah' sejak tahun 2009.

Pada musim yang lalu sahaja, jumlah keseluruhan subsidi haji yang ditanggung oleh TH adalah melebihi RM160 juta," kata beliau dalam ucapan di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1437H di sini, Isnin.

Sejumlah 31 jabatan/agensi kerajaan dan swasta termasuk wakil Kerajaan serta Kedutaan Arab Saudi telah diberikan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan, pada majlis itu.

Jamil Khir berkata operasi pengendalian jemaah haji negara bagi musim haji 1437H dianggap sangat baik dan berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah hasil muafakat semua pihak.

Beliau berkata operasi haji 1437H yang lalu telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden besar atau buruk yang tidak diingini.

Tambah beliau, kecemerlangan TH dan Malaysia dalam pengurusan Haji telah membuka mata ramai pihak dan mendapat perhatian negara-negara luar.

"Senario ini memberi keyakinan kepada kita sebagai umat Islam di Malaysia bahawa pengurusan haji yang dijalankan secara muafakat oleh semua agensi kerajaan dan swasta pasti membuahkan kejayaan," kata beliau.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah dan Setiausaha Pertama, Kedutaan Diraja Arab Saudi, Ali Ibrahim A. Alheji. - BERNAMA

Haji , Jamil Khir , Tabung Haji

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perak Pertimbang Pakej Poligami

Artikel Berkaitan

Kos Haji Kekal - Jamil Khir

Saudi Nafi Mansuh Caj Umrah, Haji

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain