suria

Bas Rempuh Pagar Mahkamah

Orang ramai terkejut apabila melihat sebuah bas terbabas sebelum merempuh pagar dan beberapa buah kenderaan di dalam kawasan bangunan tersebut. fotoBERNAMA

IPOH: Sebuah bas Perak Transit dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pagar Mahkamah Sesyen di sini selepas cuba mengelak sebuah kereta di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Sebuah kereta dan van yang diletakkan di perkarangan bangunan itu turut rosak akibat dirempuh bas tersebut.

Insiden berlaku kira-kira pukul 3 petang Isnin.

Menurut saksi, pemandu bas cuba mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Namun, tiada kecederaan dilaporkan.

kemalangan bas, pagar mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain