suria

Budak Terjatuh Kereta Ketika Pusingan U, Maut Dirempuh

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut dirempuh sebuah kereta selepas dia terjatuh dari kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya di Jalan Lebuh Cemerlang di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Azizi berkata, mangsa yang dikenali sebagai Goh Hao Zheng Jayden, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Ketika kejadian pada pukul 8.20 malam Sabtu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang telah terjatuh keluar dari kereta itu selepas pintu penumpang terbuka semasa membuat pusingan U," katanya.

Tambahanya, selepas terjatuh di atas jalan raya, mangsa telah dirempuh sebuah kereta lain di lorong sama.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan meninggal dunia di sana," jelas beliau.

Jokhiri memberitahu, mangsa didapati meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Artikel Lain